Pada zaman dahulu, Tahun Baharu Cina hanya disambut di China Town di pelbagai negara asing.
Seiring dengan perkembangan pengaruh China, budaya China semakin difahami dan diakui oleh ramai penduduk di seberang laut.
The Empire State Building di New York, Amerika Syarikat (AS) telah memasang lampu merah bagi menyambut TBC selama 17 tahun berturut-turut.
Pada tahun ini, aktiviti untuk meraikan TBC telah diadakan di beberapa bangunan terkemuka di London, Saint Petersburg, Sydney dan Rio.
Di Taman Vittorio Roma, Itali, lebih 100 tanglung berwarna merah telah digantung bagi memeriahkan suasana sambutan TBC.
Edingburgh Scotland mengadakan konsert yang menarik kedatangan lebih seribu penonton sempena perayaan tersebut.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa, Ethiopia, hiasan TBC seperti kuplet kelihatan di mana-mana sahaja.
Ucapan Selamat Menyambut TBC sudah menjadi satu kelaziman dalam kalangan pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa.
Jabatan pos pelbagai negara seperti Australia, Kanada, Perancis, AS dan Singapura telah mengeluarkan setem khas Tahun Ayam pada tahun ini.
Menurut stasitik, setem jenis zodiak tersebut menjadi jenis setem yang paling lama dikeluarkan oleh kebanyakan negara di dunia.
Konsul Jeneral China di New York, Zhang Qiyue berkata, TBC bukan sahaja disambut oleh penduduk China dan Asia, malah turut diraikan oleh rakyat AS dan seluruh dunia.
Pada ketika ini, TBC telah ditetapkan sebagai cuti umum di lebih 10 negara.
Buku panduan pelancongan di Britain telah menyenaraikan TBC sebagai cuti di negara itu.