Bank pusat Jepun akan terus mengamalkan dasar monetari ultra longgar, menurut keputusan yang diumumkan semalam selepas mesyuarat selama dua hari.
Bank pusat juga telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dan harga barangan untuk sepanjang tahun fiskal ini.
Laporan "Ekonomi dan Prospek Harga" yang disiarkan selepas mesyuarat berkenaan menyebut bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi diturunkan daripada 0.8% yang ditetapkan pada April kepada 0.7%. Kadar peningkatan indeks harga pengguna (CPI) pula diturunkan daripada 1.1% kepada 1.0%.
Bank pusat percaya ekonomi Jepun akan mengekalkan trend pemulihan yang sederhana.