Kes tembakan yang berlaku di bandar Gilroy, Amerika Syarikat (AS) Ahad lalu waktu tempatan, mengakibatkan empat maut termasuk penembak sendiri, sementara 15 lagi cedera.
Ketua polis tempatan dalam sidang akhbar pada petang hari yang sama memaklumkan, insidan berlaku semasa berlangsungnya Pesta Bawang Putih yang disertai beberapa ribu orang.
Motif penembak masih belum diketahui.
Gilroy yang dikenali sebagai "ibu kota bawang putih dunia" terletak 176 kilometer dari tenggara San Francisco, negeri California. Pesta Bawang Putih diadakan sekali setahun sejak 1979.